Monday, February 21, 2011

A Civil Engineer's Story


“ Siapa antara kamu yang terpaksa mengambil kos kejuruteraan awam ?” “Saya”. Jawapan itu yang membuat aku berada di depan bilik Dr Normarha Ghazali sekarang. Hanya aku seorang yang bersuara ketika soalan itu di ajukan.

“Masuk” , panggil Dr Normarha.Aku duduk ketakutan kerana baru hari pertama memulakan pengajian aku sudah di panggil oleh pensyarah ke biliknya.
“Nama awak siapa”. “Zarith Naquiah Zahari.Panggil sahaja Zarith”. “Zarith, kenapa awak terpaksa mengambil bidang ini?”. Aku pun bercerita pada Dr yang aku hanya mengikut kata abah yang mahu aku menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan. “Awak minat apa?” “Graphic Designer”. “ Kita senasib”, kata Dr. “Kenapa? ”tanya aku kehairanan.

“15 tahun lepas,saya sama seperti awak,Zarith.Terpaksa mengikut kata ayah yang mahu saya menyambung pelajaran dalam bidang ini. Ayah yang mahu saya mengambil alih syarikat kontraktor kejuruteraan awam miliknya. Sebenarnya,saya lebih berminat dalam bidang fashion. Namun,saya memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang Kerana Ayah di UTM.Kerana untuk kejuruteraan. Ayah untuk Awam. Aku gelak sekuat hati bila mendengar perkataan “Kerana Ayah”.

“Sempat juga saya merasa 1 semester di UTM sebelum di buang kerana gagal dalam peperiksaan akhir” “Gagal!” “Ya,gagal Zarith.Saya ponteng kelas dan malas belajar.Seminggu saya terpaksa mendengar bebelan ayah kerana telah memusnakan harapannya.Nasib ada mak yang banyak memberikan sokongan. Selepas saya gagal di UTM.Saya menyambung pengajian dalam bidang fashion di sebuah kolej swasta. Saya berasa amat gembira kerana akhirnya impian saya tercapai. Semasa semester saya ditugaskan membuat rekaan pakaian menggunakan barangan terpakai. Saya pun mereka pakaian menggunakan tin-tin kosong.Pakaian itu saya namakan robotman. Bila tiba sahaja hari pembentangan projek, saya dengan penuh semangat menceritakan hasil kerja saya di depan tiga orang pensyarah. Awak tahu apa yang mereka komen?. Mereka kata rekaan saya teruk.Paling pedih bila ada seorang pensyarah ini bertanya kepada saya.Awak ambil aliran apa semasa SPM.Saya jawab ‘Sains’.Patutlah,rekaan awak macam orang hendak pergi bulan sahaja."

“Saya menangis tak berhenti,Zarith.Sekiranya projek itu gagal,saya akan gagal satu subjek teras. Saya berdoa kepada tuhan agar di beri petunjuk yang benar. Keesokan harinya,saya menelefon mak untuk memberitahu yang saya hendak berhenti belajar.Mak betul-betul terkejut! Selepas saya menerangkan apa yang berlaku,barulah emak faham. Selepas berbincang dengan mak dan ayah mengenai masa depan,saya lalu membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di UiTM. Semasa saya di UiTM, saya belajar besungguh-sungguh. Hasilnya,saya mendapat ijazah sarjana muda kejuruteraan awam (kerana ayah) kelas pertama.” “Bagaimana dengan syarikat ayah Dr?” “Selepas tamat belajar, saya bekerja di sana.Tapi,selepas berkahwin. Saya rasa kerjaya sebagai seorang pensyarah lebih sesuai untuk saya.Lagipun adik bekerja dengan ayah saya”

“Zarith,minat dan bakat tidak semestinya seiring.Walaupun minat awak untuk menjadi seorang ‘graphic designer’ tetapi bakat awak dalam bidang ini.Kerana itu awak berada di sini hari ini.”nasihat Dr. “Terima kasih di atas cerita dan nasihat Dr tadi.” Aku pun bangun dari kerusi empuk di bilik Dr. Tetiba Dr bersuara, “ Zarith, rahsiakan hal ini dan selamat berjaya”. Rahsia cerita kejayaan Dr menjadikan aku sebagai seorang jurutera hari ini.

Engr. Zarith Naquiah Zahari

8 comments:

Yana Empire said...

penuh inspirasi. isk.. saya pun amik civil..sebab saya yg pilih.. mak suruh jadi nurse ! isk

Anonymous said...

sy minat bizz tp mak suh g radiographer dan sy sdh bkrja di klinik srimaa mlk...huhuhuhu...duduk pun dgn mak n ayah sbb dy sruh...xpa...rezeki mana2 n dgar kata org tua insyaallah brjaya kelak

Anonymous said...

saya minat arkitek...tpi x dpt.. smbung civilll

Unknown said...

Saya adalah salah seorang dari watak dalam dialog ini. Anak sulung saya lepasan diploma civil engineering di UTM. Memang kami selalu bergaduh kerana dia tak minat. Akhirnya dia grad jugak. Bila bekerja dengan syarikat construction saya dia kata tak sesuai, biarlah ni jadi security kat KLCC. Minggu lepas bincang dengan dia pujuk utk sambung di UITM kerana result tak berapa baik utk ke UTM......doakan mudah-mudahan dia berjaya. Tq kerana share cerita Kerana Ayah...

Unknown said...

Salam:)
Adik saya telah menyambung pelajaran dalam bidang Civil Engineering dan srkg dy di sem 3.Namun result dy x OK sgt n dy ada kna repeat sbyk 2 paper. Srkg nie dy brbelah bahagi utk truskn dlm bidang civil or tukar course. So saya nk tya pndapat anda yg lebih mengetahui mengenai bidang ini. Adakah lebih baik dy teruskan atau tidak?

sophia said...

Bagi saya,pindah la kepada bidang yang berlainan selain Civil Engineering sebab ada berbagai bidang yang berlainan.

tetoas said...

x3c01b6u25 t7v92a7m25 u4k64j0y50 f1w64r5h06 f7j25w4n49 j8f58q5f37

sya said...

Jadi adik awak tukar Kos atau pun dh grad skrg ?